Wednesday, September 7, 2011

weekend getaway

few months back, i pi weekend getaway dengan adik kesayangan, syafiq.. (kesayangan coz hanya dia yang willing nak teman n keluar duit ikut kakak dia)

anyhow, kita orang getaway to ho chi minh.. ^^

actually last minit decision.. haha.. stress my father tp memikirkan we support our own trip..

mula-mula bajet nak beli barang for tunang, tapi berangan je la.. banyak nya beli barang yang tak relevan.. haha..

we stay at rex hotel.. highly recommended coz dekat dengan tempat shopping, kedai kain, pasar ben thanh and tempat lawatan.. semua pun walking distance je.. map pun senang faham..

before pi, sungguh2 la adik i belajar bahasa vietnam yang basic2, sekali sampai sana, penjual fasih bahasa melayu, terus dia depress.. haha.. nampak sangat banyak org malaysia suka shopping kat sana..

currency pun pakai US dollar je.. senang nak convert.. coz situ tempat tourist so demand ar tak nak currency vietnam.. huh.. luckily, time i pi, US dollar tengah rendah.. memang untung la sikit..

few snaps from my brother.. heboh ambil gambar view je, gambar i sikit giloz @_@

reunification palace

bandar motorsikal (siap ada lane khas lagi)

area hotel

jus tebu + limau yang delicious

* short and memorable trip

O.M.J

haih! (mengeluh sekejap)

i tak pernah terfikir untuk buat majlis simple pun, banyak benda kena fikir and buat..

dulu berangan2, bukan main happy and seronok lagi..

tinggal 10 days to go..

how i wish ada magic wand and semua benda dah siap.. #_#

tiap malam stress tengok internet sambil cari idea untuk majlis i.. sampai dah rasa tak nak tengok komputer lagi..

cuma harap everything siap, everything berjalan dengan lancar, everything berlaku seperti kemahuan i..

all my family members had done their parts, my father n brother dah cat rumah, my mum dah booked catering, my auntie dah blocked her booking just untuk majlis i, my part je tak siap2 lagi.. tu la kelebihan nya duduk jauh dari rumah..

*nak puaskan hati diri sendiri pun susah..

Tuesday, August 16, 2011

i do


insyallah next month akan bertukar gelaran menjadi tunang orang.. ^^

exactly in 1 month time.. banyak benda nak kena fikir, nak kena beli, nak kena rancang..

harap2 semua yang dirancang berjalan dengan lancar.. amin..

now, tiap weekend pun sangat busy.. gigih la akak travel dari kuantan ke KL tiap2 weekend.. fuh..


sibuk memilih kain for baju time majlis nanti.. alih2, my mum suruh beli kain lain pulak kat subang.. in short time ni, harap2 sempat la siap baju i..

*hari ni pakar MC pulak.. merasa la i jadi pakar 1 hari ni..huhu..

Saturday, July 30, 2011

rushing sana sini

yey!

akhirnya dapat my first car today! ^^ happy2

dah senang dah nak ke sana sini..

selamat tinggal jalan kaki jauh2 n naik public transport..

*kuantan-KL-kuantan-KL

Saturday, July 23, 2011

surprise

ada kesayangan buat surprise pulak datang kuantan..

maka dapat la i balik subang malam tadi.. hehe ^^

so far masih busy cari rumah sewa.. ada apartment depan klinik tu penuh pulak.. maybe kena settle for bilik sewa for time being..

still tak familiar lagi jalan kat kuantan.. actually pusing2 jumpa jalan tu juga.. takpe2, banyak masa lagi..

* kena shopping baju kurung banyak2 untuk kerja

Saturday, July 16, 2011

unexpected

selamat tinggal subang jaya

dengan rasminya, dapat pahang for my posting

luckily kerja kat kuantan ^^

and ada kawan-kawan lagi tu

so should be adapt easily

isnin depan dah lapor diri

harap semua urusan dipermudahkan.. amin!

* jadi orang pantai timur pulak

Friday, July 8, 2011

over and over again

rolling in the deep..

since kawan i nyanyi lagu ni, asyik play over and over again dalam kepala i..

then kat fb, my fren posted yang cover by linkin park..

memang terbaik la! ^^

enjoy..



* 1 week to go.. KL! KL! KL! huhu

Thursday, July 7, 2011

diva

this happen last month..

setelah dipaksa2 oleh my mum untuk teman dia pi hi-tea sempena birthday DYPA kat istana negara, i pi juga la setelah 2tahun turut2 dia ajak, asyik mengelak je..

the reason i tak nak pi coz 1) badan tengah berisi, semua baju sendat mendat
2) cuaca panas2 ni memang melemahkan jiwa akak
3) kena membetis pulak jauh2

tapi tak sia2 akak pi kerana dapat jumpa kesayangan akak, uolss.. hehe


macam tahu-tahu je ZZ ni akak datang tahun ni.. haha..


*teringin nak ZZ nyanyi kat wedding akak, tapi tak mampu pulak.. isk2

pink wednesday

tak tahu la kebetulan ke apa tapi dah 2 kali hari rabu malam, my mum and i keluar beli barang kat taipan..

and tiap kali juga my mum pakai baju or tudung pink..

and tiap kali juga kitaorang akan park depan kedai baskin robbin..

and wednesday is baskin robbin pink day!

so yeh, ice cream for me! ^^

now ada flavour baru = c0c0nut.. delicious!

*tak sabarnya nak tunggu 20 july.. @_@

Tuesday, July 5, 2011

dark of the moon

yeh, dapat tengok movie transformer 3 last weekend.. ^^

as usual, tengok movie kat summit coz 1) dekat 2) tak crowded macam shopping mall lain 3) parking senang dapat 4) GSC *always prefer GSC than other cinema

ingatkan tak ramai orang, tapi beratur punya la panjang.. sampai turn i, tiket tinggal yang reservation je, so nak kena tunggu tiket tu release pulak.. -_-'

so tunggu la tepi kaunter tu ramai2 dengan orang lain.. once release ada 5seat?! .. luckily i nak 2 tiket je so kitaorg dapat la beli.. hehe.. tak sia2 kesayangan buat muka manis..

maka dengan happynya dapat tengok transformer 3 yang serious best serious epic!

punya la fokus tengok sampai terlupa yang i ada seludup masuk makanan dalam beg.. hehe

OST movie ni pun best.. fallin' all over again utk linkin park kesayangan.. mula2 dulu frust coz LP ni jd slow version rock pulak.. tak hardcore n lagu frust2 macam dulu2..

tp since lagu2 baru ni jd OST semua filem transformer, maka boleh dimaafkan.. ^^

*next week nak pi kursus induksi kat morib.. yeh, dapat jumpa kawan2! =)

Wednesday, June 29, 2011

on

kembali membuka laptop.. ^^

selama cuti semenjak habis exam ni, kemalasan makin menjadi2.. bayangkan buka laptop pun malas.. sanggup online dr hp yang skrin kecil tu.. =p

soalan fav yang sering ditanya, yang saya pun tak sabar nak tahu jawapan is "dapat posting mana?"

penat akak mendengar khabar2 angin seperti kerja bulan 7 la, lepas raya la, bulan 9 la, pi kursus induksi dulu la n etc... semua memberi harapan palsu.. huh.. so hari2 pun tunggu posmen je hantar surat..

if ikutkan hati, best je dapat cuti lama2 kat rumah, dapat berehat2, berangan2.. if dah kerja nnt mesti penat.. =(

tapi hanya 1 benda je yang buat i happy nak kerja, which is, dapat kereta baru.. hehehehehehe.. walaupun 100% sendiri tanggung, tapi tak sabar juga nak RUsh sana, ruSh sini.. hehe ^^

* tolong la dapat posting KL.. amin!

Thursday, May 12, 2011

alhamdulilah ^_^

alhamdulilah! akhirnya i lulus my final pro exam! boleh grad this year.. yeh!

i happy sangat coz dapat happykan my parents, my kesayangan (dr ristiman) n etc yang banyak tolong i selama ni.. yang berkorban masa n tenaga n wang ringgit..

kena start buat to-do-list setelah habis exam ni.. ^^

now dah boleh pi jalan2 survey kereta, survey kain2 cantik, survey barang2 tunang.. haha..

nak buat loan peribadi kat my father la.. huhu.. duit diperlukan untuk semua barang2 di atas..

* happy tak terkata! ^_^

Tuesday, May 10, 2011

fuh

finally habis exam! yeh! tapi result tak tahu lagi so tak boleh happy2 sangat.. *_*

still, marilah kita rehat2kan diri, jalan2 tengok wayang, online dan tengok tv puas2..

akhirnya dapat on laptop.. rindu nya! selama study week kena tutup laptop coz diri sendiri yang tidak berdisiplin maka terpaksa simpan laptop jauh2..

tapi kat hp boleh online, so tak la berkesan sangat pun.. huhu -_-

berdebarnya nak tahu list viva yang keluar khamis ni.. berdebarnya nak tahu result next week.. harap2 lulus terus.. amin

*panasnya akhir2 ni.. ke i yang banyak dosa..huhu

Tuesday, April 26, 2011

just can't get enough

currently addicted to this B.E.P song ' just can't get enough'..

anyhow, it's my study week.. in my 2nd week now.. next week dah exam.. =(

i'm freaking scared!

and yet, i'm not in my full speed in study..

tidur-online-makan-berangan-tidur-online-ZzzZZzzZzzzzzz.. ni jer yang i buat masa 1st week..

rindu time dulu-dulu bila kesayangan datang teman i study.. coz dia macam garang giler.. if kata nak pejam mata 5 minit, memang exactly 5 minit dia bagi.. rasa tension sangat time tu tapi i lulus je my exam.. ^_^

now, although dia dah tak teman, tapi dia selalu datang bawa i pi makan, hantar balik kolej, main badminton, bawa pi urut badan.. couldn't ask for a better boyfriend..

and tiap kali hantar i balik, mesti disertakan dengan ayat 'now dah happy kan? please study sungguh-sungguh!'

start la buat i rasa bersalah kan? kan?

tu belum lagi i cerita pasal my parents.. memang akan jadi triple rasa bersalah..

i beruntung for having all this support from my kesayangans, and i tak nak let them down..

most importantly, i tak nak let myself down..

lagi 1 month, in exact 30 days, either good news or not-so-good news.. +_+

please let my plan happen as i wish.. amin..

all the best farah.. all the best!

* oh, oh, maybe akan ada couple blog.. coming soon i hope.. =)

Monday, April 18, 2011

pet pillow

# source

masa kecil-kecil dulu tak suka patung.. sekarang pantang nampak je, rasa nak beli..

eeee... geramnya tengok.. nak 'lovable lamb' di atas tu.. tp mahal.. +_+

*study week bermula.. hope it's my last

Thursday, April 7, 2011

world of fantasy

tengah browse through newspaper online, tiba2 terbaca artikel pasal disney on ice..

damn, i miss this year punya!

dah makin kurang my disney collectable items.. =(

*blame myself for not reading newspaper this few weeks.. boo-hoo

Wednesday, April 6, 2011

cita-cita tinggi

benda yang pertama kali kita beli dengan duit sendiri, of course la kita nak something yang worth it.. yang berbaloi duit akak membeli nya.. biar papa asal bergaya (orang dulu2 kata) .. huhu ;)

dan semestinya, kita akan berangan atau bercita-cita bila kerja nanti nak beli rumah yang besar, kereta yang terbaik, boleh shopping suka2 hati, boleh makan tempat sedap2, boleh beli segala barang idaman..

ni kira as semangat supaya kita rajin sikit belajar so dapat lulus exam then dapat kerja then ada duit, yeh! ^_^

anyway, bila kerja nanti, mesti la kena ada kereta nak pi kerja kan? takkan nak tumpang parents lagi.. isk2..

maka, akhir2 ni, suka usha-usha dan berangan kereta apa nak beli as my 1st car kesayangan.. kereta yang paling i suka of course la 4WD car.. tapi memang tak la nak beli masa mula2 kerja kan? so this 3 cars yang i suka for now..



1) nissan latio sport


2) peugeot 308 turbo


3) mazda 3 hatchback


at one glance dah boleh nampak apa ciri2 yang i nak.. i suka kereta yang belakangnya bulat..hehe.. meaning, apa2 pun i akan usha from the behind first.. then, i suka yang spacious.. yang sporty.. yang stok boleh drive jauh2 ke utara selatan timur.. although i tak rasa i akan travel a lot.. still..

my parents kata nissan latio sangat buruk?! tapi macam comel je n smart.. then, my mum kata peugeot mcm besar sangat (gambar di atas is 2008, yang 2010 lagi besar), which i suka je besar2.. mazda, well, so far not much on the road la sekarang..

tapi persamaan yang paling ketara antara 3 kereta ni ialah the price tag.. rm 100k ++.. which i can't afford la.. giloz mula2 kerja, dah nak bayar rm 1k ++ for kereta je.. how la nak kumpul duit for kahwin n etc.. ;)

maka, marilah kita teruskan berangan sahaja n wish akan ada kereta baru keluar yang macam ciri2 di atas tapi lagi lagi and lagi murah.. +_-

*mode semangat nak study sungguh sungguh tapi tangan melekat di laptop.. how?

Tuesday, April 5, 2011

gigi fake

gigi fake = gigi palsu = denture = removable dental prosthesis = horror!

sudah siap requirement yang diperlukan utk tahun akhir ni.. ^_^

maka, selamat tinggal kepada semua kerja lab yang memenatkan, yang stress, yang jari luka2, yang super glue melekat, yang tudung penuh habuk, yang mekap cair2, yang kasut penuh plaster, yang tangan kena wax panas..

next week dah kena start buat inventori lab.. kena pulang balik semua barang2 lab kesayangan.. kena tinggalkan table lab kesayangan.. tapi ada barang hilang.. and orang yang pinjam tu, buat2 lupa la pulak kan.. fine la!

*tak sabar nak tunggu isnin depan! +_+

Monday, April 4, 2011

the time (dirty bit)

I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you!

B.E.P- the time (dirty bit)


* had one of the best week in my life.. thanx sayang! ^_^

Monday, February 21, 2011

buah d*****

sigh!

jika tidak kerana mock viva esok pagi, mesti i dah menggembirakan hati bersama durian-durian kesayangan di rumah..

even tadi baca news kat laptop pun, ayat ' bla bla bla during an allergy bla bla' , i nampak as 'bla bla bla durian allergy bla bla' .. *tiba2 kagum jap org putih ada allergy durian ke?.. (-_+)!

*ada orang nak bawa kita makan ais krim la dengan kad diskaun dia.. janji manis lg ka abg? =p

Sunday, January 30, 2011

gloomy sunday morning

jom tengok trailer for my all time favourite romantic movie *serious boleh buat i menangis berkali2..









movie 'sweet november', accidentally ter'tengok masa tayang kat tv2 dulu-dulu kala. since that i suka tengok charlize theron berlakon.. best2.. ^_-

* nak tengok movie 'the songs of sparrows' today! =)

Saturday, January 29, 2011

serasi bersama

bila tengok rancangan serasi bersama kat astro ria, sangat suka tengok pasangan yang sweet and husband yang baik and kelakar.. so dalam kebosanan study week yang tak datang mood nak belajar lagi ni, maka i main kuiz serasi bersama dengan bf kesayangan..

well, well, well (mcm lagu duffy), banyak juga yang i tak tahu walaupun dah lama bencinta ni.. isk2.. mari2 kita lihat jawapan serasi bersama farah n ristiman. ^_^

soalan-soalan pasal farah awj
( i tanya, bf jawab)

1) apa jenis darah i ?
A. (teeeeet.. salah.. i darah O.. O for orang.. huhu.. lame joke.)

2) apa buah favourite i?
tembikai. ( haha.. ni lagi super duper salah. i paling heart durian. kesayangan habis ni..)

3) i suka warna apa?
purple. haha ( siap ada 'haha' kat belakang.. macam yakin betul.. boo! salah juga.. warna fav i is merah. =p )

4) makanan fav i yang my mum masak yang i akan tambah 2, 3 kali?
nasi ayam. ( yeh, finally ada yang betul.. hehe..)

5) benda yang mudah buat i hot and cerewet?
kasut. ( huhu.. salah je sayang ni.. isk2.. makanan la.. i mmg sensitif if waiter slow or makanan i lambat dapat or tak sama dengan order i)

6) barang mekap kesayangan yang wajib pakai hari2.. boleh jawab lebih dari 1 barang?
lip stock. ( tak tahu la mmg dia saja2 salah eja.. but i assume lipstick la.. maka, ya, itulah jawapan yang dicari)

total score = 2/6

soalan-soalan pasal ristiman ( bf tanya, i jawab)

1) minuman fav i?
teh o ais limau! haha (air asam boi.. tipu2, tiap kali pi kedai, i nampak asyik order teh o ais limau je.. huh)

2) hobi i?
peluk bantal kesayangan? ( membaca buku. <---- haha, boleh percaya ke? =p )

3) jenis darah i?
B. ( haha )

total score = 1/3

why soalan tak sama banyak? coz ada orang tu nak main kuiz serasi bersama face to face konon. eleh, dah jawab banyak salah tu.. huhu

akhir-akhir ni asyik teringin nak makan kek.. ya, weird kan? i dah la tak pernah suka makan kek except birthdays orang. now, semua jenis kek i beli for the past week. yang i craze the most is cheesecake.. ^_^

* study week y'all.. time blog akan kembali ber'update.. huhu..

Monday, January 3, 2011

this entry for you

asyik2, cerita pasal adik yang besar. besar=busuk, so tak payah asyik bodek + puji, coz nanti makin kembang and lebar badan dia. *oh nak lawan dengan i, siapa makin kembang badan yea, fine la, fine la, saja tak kasi can kakak menang. huhu

so mari kita bercerita pasal adik i yang kecil ni, ok takde lah kecil macam comelnya nak cium, boo2.. i ada 2 adik je pun, eleh2..

10 random facts about him (sepanjang dia cuti sekolah 2bulan lepas, OMG! OMG! tak jadi la mengata dia since dia kasi i pinjam hp dia sepanjang dia kembali ke asrama ni, maka mari kita berayat manis balik.. hehe)

  1. boleh tak makan satu hari as long ada laptop + internet
  2. suka warna hijau (sebab tu colour font ni warna hijau)
  3. boleh survive dengan makan pizza hari-hari
  4. paling favourite ialah udang. hari2 wajib ada menu udang, sampaikan adik besar i sensitif if nampak sambal udang.. hehe..
  5. soalan favourite yang hari2 nak tanya kat kakak n abang is "dalam banyak2 adik ko, ko paling sayang adik mana?" tidakkah sungguh lame soalan itu.. my answers selalunya "syafiq @ adik yang jadi dentist @ adik yang pandai @ adik ipar @ adik yg kaya raya" ..haha.. annoying kan i.. tp if dalam mood bodek "mesti lah fikri", then ulang byk kali "fikri, fikri, fikri" macam cheer tu.. sampai dia fed up.. haha..
  6. sangat menjadikan abang sebagai idola.. anything yang abang dia pakai or buat, dia nak buat juga.. if tengah pilih barang, n abang dia kasi approval, terus beli ah.. memang takkan fikir lagi.. yang pelik tu, belajar pandai2 macam abang dia, tak ikut pulak.. huh.
  7. suka dengar MP3 kuat2.. n suka update kan diri dengan current songs.. n rajin meng-download.. maka if nak tahu nama lagu tu, just humming2 kat dia, tadaa, tahu tajuk dah.. good2..
  8. penyokong setia club MU.. if tiba2, nampak dia pakai baju MU palsu tu, maksudnya ada game la tu.. n boleh jadi sangat emo bila tgk game.. if kalah, sampai esok emo-nya..
  9. hanya makan durian bila tahun tu ada world cup.. memang tidak gemar makan buah-buahan.
  10. anak bapak. maka bila ingin makan something atau pi mana2, hanya guna taktik ini kat ayah "ayah, fikri kata dia nak makan ....... @ fikri nak pergi ........." maka, dengan jayanya akan dapat. only n if only adik i tak berada di tempat kejadian, if not, dia suka rosakkan taktik i tau.. =p
so, kehadapan adikku fikri di serting, calon SPM 2011, semoga ko belajar rajin2 and dapat straight A's n dapat belajar over-the-sea negara omputih, agar kakak ko dapat jalan2 ke sana.

PS1: sedang menulis post ni sambil dengar playlist kat hp dia. ada ratus2 lagu yo. hp i ada 101 lagu je..sadis2.. (tak sedar diri meng-update blog padahal ada competency exam esok and in denial tak nak buka buku, tak nak design, tak nak study, tak nak! tak nak! )

PS2: kredit tinggal 10 sen tapi tak payah top up pun sebab kesayangan sangat sibuk menyambut bayi lahir ke dunia, maka asyik oncall EOD, n bila balik rumah terus mandi terus tidur, maka hp saya hanya berbunyi bila sms hotlink masuk.. Boo! Boo!

PSP: <---------- yang ini akan beli bila sudah kerja nanti.. hehe ^_^

Sunday, January 2, 2011

tagging tanpa kupon makanan rm9

thanx aidah for tagging me.. at least ber'update' la blog i ni.. hehe

1. Apa benda yang penting dalam hidop ko?
= kebahagiaan.

2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
= baju inner 3 pasang.

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
= kat dewan kat s.alam.. tema simple n elegant ^_^

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
= ya. bercinta. bencinta.

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
= selagi hayat dikandung badan.. cewah!

6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
= dpn blok kolej.

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
= semestinya buku2 pelajaran coz baru habis exam haritu.

8. Apakah nama penuh korang?
= farah hanan binti abd wahid

9. Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?
= untuk minggu ni, umi n ayah.. sila tanya lg minggu dpn. +_-

10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
= kawan baik tiap thn di sek men.

11. Adakah korang basuh baju sendiri?
= boo. apakah soalan ni? saja kasi soalan trap. huh.. tak nak jawab! =p

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
= NEW ZEALAND! paling2 3minggu kena stay sana.

13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
= peluk! peluk lagi! lagi-lagi peluk!

14. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
=benda kan? bukan orang? mm,
1) duit
2) handphone2 kesayangan dr dulu
3) kereta proton saga WBP 7619 (dah kena jual pun)
4) koleksi brg disney n ferrari i. ( i mmg sensitif if org sentuh brg2 kesayangan i ni! )
5) laptop vaio tersayang.

15. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
1) semua lagu linkin park (yg ni bundle up as one)
2) oasis- wonderwall
3) dido- white flag
4) samsons - bukan diriku (yg ni recently)
5) usher - DJ got us fallin' in love ( jg recently)

16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
= 23 oct 1987.. mm, celebrate kat damansara..

17. 6 orang blogger yang korang nk tag.
= kawan blogger ada 3 je.. how nak tag sampai 6.. isk2

18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag
= .................................................................................................

* mahu lebih efektif, produktif sama ini tahun arnab.