Tuesday, December 28, 2010

happy birthday to Syafiq


HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED SYAFIQ.

no, ni bukan bf baru yea, tak jantan la bf nama syafiq, huhu, ok over!

nak hadiah apa?

tlg la request something.. i merayu sangat2.. hehe

PSP?

iPhone?

iPod?

DSLR?

dah2, berhenti berangan skrg.. kumpul duit, beli sendiri.. =p

ko sudah masuk 20-an.. welcome to the club!

semoga ko lulus exam tiap tahun n grad, kerja n kaya raya n belanja kakak banyak2.. ok, keji, doa tak ikhlas .. again, again..

ke hadapan adikku syafiq,

i sebagai calon kakak mithali yang menjaga ko masa kecil sampai ponteng2 sekolah, lenguh tangan henjut buaian ko, berkongsi bilik masa sek ren, memberi nasihat2 grooming, menyimpan rahsia2 ko, berpanas bersama tgk F1, kalahkan ko masa main WWF (ok, i tahu ko terpaksa mengalah), berebut surat khabar sampai gaduh2, ingin mendoakan agar ;

ko dapat apa yang ko inginkan.


* this is my december.. this is my time of the year.. this is my december.. this is all so clear.. ^_^

Monday, December 27, 2010

status saya

i nampak one of my fb frenz status yang tulis ' my 1st status in Fb' .. so i teringin nak tahu my 1st status jg tp tak mahu guna application tu.. nnt suka kasi notification yg bukan2.. huh

maka, setelah penat tgn menekan2 keyboard, dgn laptop yg asyik hang, maka my 1st ever status kat fb ialah.............

Farah Hanan Awj can't wait for trip to penang this weekend

December 24, 2008 at 10:48pm Friends Only · ·


*pernah masak nasi goreng guna nasi lemak? i dgr staff ckp td sedap.. (pasang telinga pulak farah ni.. isk2) =p

boo

boo!

bila i lapar giler2, huh, tidak ada org pun nak keluar makan..

bila i kenyang n siap tapau makanan, ewah2, byk pulak offer utk kirim makanan..

boo!

bak kata lecturer kesayangan i pg ni, 'lousy clinician attracts lousy patient' (gelak2 sambil mengaku diri ialah sgt lousyness sambil in denial) then 1 jam lepas tu kena marah dgn lecturer kesayangan sbb mmg lousy pun..

boo!

* eh, eh, ada birthday org tu la esok.. ^_^

Sunday, December 26, 2010

get it?

i tak faham maksud comic di bawah ni.. plez explain?


Cyanide and Happiness, a daily webcomic
Cyanide & Happiness @ Explosm.net

*happiness bila blk kmpg and jumpa nenek-nenek kesayangan.. ^_^

Wednesday, December 22, 2010

biggest support

i'm lucky for having my beloved family as my biggest support

umi - moral, time, patient, n all kind of support

ayah - financial support

brotherS- undefined support

bf sayang - unconditional support


* short term memory loss *_*

Sunday, November 21, 2010

huh?

nak tukar blog templates tapi tak reti.. =(

mm, how nak buat each post dlm kotak masing2?

then, how nak tukar background ni?

tak dapat nak figure out.. then, why la bila i search for new templates, semua pun macam tak cantik..

yang cantik, kena purchase pulak..

nak benda cantik and free!

*oh, mahu tukar housing hp yang baru.. ada org menunjuk2 dia punya ya..

Thursday, November 18, 2010

it's time to choose

dalam hidup, kita sentiasa ada pilihan..

terpulang pada kita samada nak memilih yang mana terbaik buat kita..

contoh, dalam memilih kasut.. kasut di pasar malam, di kedai bundle, di jusco, di parkson.. walaupun design berbeza, harga berbeza, tp by the end of d day, ianya adalah sepasang kasut..

mengapa kita memilih kasut yg lebih mahal mungkin kerana pelbagai faktor..

tidak timbul soal keperluan atau kemahuan..

hanya kita diberi peluang utk memilih kerana kuasa memilih itu di tangan kita..

so, apabila kita memilih, semestinya kita nak yang terbaik buat kita..

yang termampu bagi kita..

sebab tu dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya membuat pilihan dalam setiap saat hidup kita..

oleh itu, kita tidak pernah terlalu memilih..

hanya kita sudah selalu memilih.. terlalu kerap memilih..

sehinggakan kita sudah tidak mahu lagi pilihan-pilihan itu berada di depan kita..

maka, pilih la yang terbaik buat diri kita.. kerana mungkin suatu hari nanti, kita sudah tidak diberi peluang untuk memilih..

* _*

Wednesday, November 17, 2010

kenangan mengusik jiwa

tajuk nak jiwang kan? hehe

tgk my girl sambil makan roti bakar sambil berangan, ' bila la nak dapat rantai dan globe salji comel dr org tersayang' ?

6 tahun lepas, pada malam raya haji, if ada orang tu tak sms i, mesti my life takkan turn out jadi macam sekarang ni..

thanx sayang coz sms i walaupun masih dalam mood merajuk u tu.. ^_-

*mahu ketupat rendang kuah kacang

Friday, November 12, 2010

signs & symptoms

Exam makin dekat...

signs: - ketuk2 bilik org, tanya ada past year ke tak
- habis duit photostat nota2 and past yr
- minta hints kat lecturer
- baru heboh nak beli kertas kosong n pen n highlighter

symptoms: - ulcer yg bertambah2 di mulut
- sudah mula bermain games di fb
- menghadap laptop 24 jam, tak intai notes langsung
- masa ni la, ingin keluar berjalan2 n shopping.. kata YearEndSale!

*yeh, sudah start study week ^_-

Thursday, November 11, 2010

toasted.tangled

mahu makan roti bakar hari-hari.. *yum2 ^_^

mahu tengok movie tangled.. ahhh, little girl in me.. =p

* lisa surihani sgt cheeky!

Wednesday, November 10, 2010

peaks

ada orang tu dapat pi Islamic Fashion Festival 2010: Moghul Splendour at JW Marriot Hotel KL!

huh, di waktu i bz di klinik, dia happy2 tgk fashion show and bergambar dgn artis.. huh lg..

and kebetulan pulak artis kesayangan adik i.. *malu nak mengaku i sbenarnya..hehe..

#hint: finalist AJL this yr dan sebenarnya also winner AJL last yr.. yang buat kita mencari cinta sempurna tu.. get it?

bila i found out, i macam 'u tipu kan? dan dia dtg utk morning punya', then org tu kata ' i boleh hantar gambar kat u skrg if u xpercaya' .. so i mcm 'fine2, ooooooooo, u pi awal kan mcm i cadang? so u boleh terserempak dgn dia?' n org tu reply ' aah, i pkl 11 dah pi padahal mine start at 3'

and org tu siap bawa kamera DSLR lg.. haha.. if ada pic blur lg, tak tahu la i.. coz when org tu pi last weekend for launching, ada amir luqman kesayangan i tapi terima kasih kpd kamera antik i, his pic blur! =(

i met him once masa this same event last yr, awww, he's so gorgeous..bronze cheek n pakai platform lg .. tak tahan!! i like his design very much tapi tak mampu kut..

anyway, kekecewaan i terubat coz mr kesayangan datang surprise2 td n bawa roti bakar.. how i sgt mengidam nak makan roti bakar hari2.. thanx sayang!! ^_^ esok nak lg, boleh? hehe

*
result UPSR keluar esok.. woot2

Tuesday, November 9, 2010

kosong 0.0

  • sangat rindu org tersayang.. si dia blk kmpg la pulak.. so minggu ni kena jadi good girl.. tak dapat nak demand mcm2 atau guna 1001 alasan utk jumpa.. ^_-
  • minggu ni walaupun minggu akhir clinic before start cuti study week, tapi sangat penat and sangat byk kerja yang mcm tiap2 ptg pun sampai bilik pkl 6.30 ptg..
  • dan tiap2 malam pun tepat pkl 10 dah terlelap.. so cukup tidur 8 jam.. and senang pi kelas pagi2 .. =)
  • berbelah bagi, nak blk tganu ke tak? nak blk kmpg ke tak? nak study kat rumah ke? or study kat kolej je? mm... tak dapat nak decide..
  • just notice yang parents sanggup buat macam2 utk anak supaya anak selesa and senang hati tapi anak takkan do d same thing back.. why huh?
  • isn't it ironic, di hari menu kat kolej i macam $?X, hari tu juga la kedai n.ayam fav i tutup.
  • 1st time dalam hidup i, i follow drama melayu.. huhu.. Chinta @ tv3.. tapi tak la yang tunggu dpn tv tu.. tgk online sudah.. hehe.. nasib baik minggu ni habis.. fuh2..
*tak sabar nak tunggu study week. =)

Saturday, October 30, 2010

1 week celebration

this past few weeks, sangat busy dgn my research report.. correction, correction, correction.. argh, sampai mata dah tak larat nak tgk laptop dah..

because of that jg la, i terpaksa postpone my 23rd birthday celebration bersama dgn orang tersayang.. =(

tapi since dia cuti menunggu induksi, maka tiap2 hari dia datang teman i buat report di kolej.. =)

better late than never!

today dapat juga keluar makan although plan lari sikit..

ada pro n cons la..

pro nya dapat pi wondermilk for d 1st time..

cons nya tak dapat jalan2 di OU mencari kasut pi kelas..

cupcakes ini di sponsor oleh my beloved auntie Roza from d'little kitchen


i buat makan2 kek di kolej, so my auntie hana, from hana's cookies.
dapat kuih tart and blueberry cheese tart

oh, ni dapat bunga dari org tersayang ^_-
sampai sekarang bilik i bau wangi..

kami di wondermilk

wajib minum susu di sini.. delicious!

ni kat d'tandoor.. tak sempat ambil gambar makanan coz lapar sangat time tu.. huhu
mango lassi and dessert kat sini mmg sgt pekat n berkrim.. like2..

* GPS sangat annoying.. huk..huk..

Thursday, October 21, 2010

what's up doc

petang tadi dapat good news dari kesayangan i.. he passed his pro exam.. yeh!!! alhamdulilah.. maybe akan start kerja bln 11 ni.. ^_^

semoga dapat posting dekat2 KL sahaja.. amin!

jom sambung berangan pasal masa depan.. hehe
Congratulations Comments Congratulation Comments



*akhirnya ada jg kes oncall mlm ni.. tagging dengan doktor yang best! =)

neutral

bila kita mendapat tahu berita gembira dr kesayangan, walaupun kita mendapat berita sedih pasal diri sendiri, kita akan rasa neutral.

hakikatnya rasa nak menangis kesedihan tapi pada masa yang sama nak menangis kegembiraan jg, maka air mata pun jadi neutral.

dan mahu hibernate kan diri sendiri kerana kecewa namun perlu hiburkan hati org yang gembira, maka kita perlu neutral.

umpama patung yang hanya tersenyum sepanjang masa..

ya, saya perlu menjadi patung buat ketika ini.

* silence

Tuesday, October 19, 2010

night market

glamer skit pasar malam if tulis dlm english.. huhu..

saya suka pasar malam kerana nasi kukus sedap tapi murah, jagung sedap tapi murah, dan berjaya jumpa getah rambut yang curl tu.
(tidak melebihi 20 patah perkataan)

* masih belum jumpa ceramic bowl yg kecil

Monday, October 18, 2010

waiting for ur call, doc

minggu ni, minggu i akan on call bersama 4 rakan yang lain di unit trauma.. teruja tak? teruja tak? tak teruja? =p

maka minggu ni akan duduk di atas katil senyap2 dengan lengkap berpakaian baju semua.. dapat call dr doktor, terus sarung tudung n pi.. efisien huh?

semoga ada kes agar ada experience, maka waktu kerja nnt, tak la gelabah bila kena on call sorang2, kan? hehe

* minggu ini sangat sibuk.. nasib baik tiada movie yg best.. ^_^

Sunday, October 17, 2010

minta maaf!

makan kelapa jelly sambil merasa sedih kerana memungkiri janji buat kali ke berapa kali dah..

kenapa dalam hidup perlu buat keputusan yang akan menggembirakan satu pihak dan mengecewakan satu pihak yang lain?

* mulut mudah berjanji manis =(

fakta rambang

fakta rambang 1

dalam banyak2 barang yang boleh tertinggal di kolej, saya tertinggal charger laptop saya.. mmg digelakkan sungguh2 oleh mak saya..

fakta rambang 2

susah sangat ke kasi signal tiap kali nak tukar lane.. lebih2 lagi if lane yang kamu nak pi tu lane kanan.. baik beli keta lembu yang takde signal if malas sgt..

fakta rambang 3

no offence.. tapi saya tak suka orang yang busy body, suka point out kelemahan orang and self oriented.. if rasa2 takde apa yang boleh kamu tolong, baik jangan cakap apa2.. terima kasih!

fakta rambang 4

have this soft spot for LP.. walaupun lagu baru diorg mcm *&%$#X tapi merasa belas kasihan dan ingin membeli CD mereka..

fakta rambang 5

rasa bersalah kepada orang apabila sikap kemalasan diri sendiri meng'affect' diri mereka.. malu dengan diri sendiri =(

fakta rambang 6

dlittlekitchen ingin meng'sponsor' bday cake saya.. yeh!!! tapi takde idea lg nak cake macam mana.. yang penting mahu yang ada no 23, supaya dapat dijadikan profile pic FB saya.. ^_^

fakta rambang 7

kasut kelas saya sangat sangat uzur.. mm, bila la nak ada masa untuk pi beli kasut baru..

fakta rambang 8

muka sudah dipenuhi jerawat.. mengalahkan budak remaja sungguh.. ingin buat facial tapi pitis takde.. ada org nak sponsor tak agak2nya? =p

* mahu makan buffet di paya serai..

Wednesday, October 6, 2010

mimpi indah

sejak tengok citer inception, yg i admit tengok 2 kali kat wayang.. ke 3? ^_- i mudah terpengaruh dengan mimpi-mimpi i, and suka fikir pasal mimpi i.. especially yang too good to be true la..

macam mimpi malam tadi, tahu-tahu i dah kat airport kat france.. wah2, mimpi nak tmpt best2 je.. hehe.. masa tengah tunggu orang nak ambil, i sempat fikir, 'eh, i dtg sini naik flight apa ni? yang budget ke yang mahal? why tak ingat pun tgk movie dalam flight sambil peluk bantal n makan sedap2'...

because, tiap kali hantar orang ke airport, i akan jeles memikirkan, 'wah, bestnya dia naik kapal terbang, long flight, dapat tgk movie or main game, sambil peluk bantal and makan yang sedap2, dilayan oleh pramugari yang cantik' .. isk2...

so ya, makan+tgk citer+peluk bantal+pramugari yang cantik+plane besar = sweet flight journey

anyway, kononnya dalam mimpi ni, makcik i further study kat sana, so dia ajak my mum n i utk melawat dia.. kitaorg pun jalan2 sana sini.. sampai balik ke rumah dia.. dan2 tgh dia buat lasagna yang delicious, i terdengar bunyi ' ooo myyy gosh!! baby let me, i did it again'

terima kasih la kepada alarm ku.. why la x tunggu sampai lasagna tu siap masak?????

by the way, i injured kan my right thumb yesterday.. and it's a continuous, throbbing pain, stimulate by touching.. masa tidur, of course la kita gerak2 skit kan.. n each time luka ni terlanggar tilam ke, mmg i akan terjaga.. =(

*i dah terer dah makan menggunakan 4 jari yang lain.. nak i ajar x? huhu #_#

Sunday, October 3, 2010

burung belatuk..

heboh nak beritahu orang apa aktiviti yang i buat selama ke-tidak-an mengupdate blog ni.. haha.. tapi i suka letak gambar2 kat blog i, supaya nampak macam meriah n ceria je.. (mcm owner nya! isk2.. =p )

rindu kat bulan puasa kan? ke rindu bazaar ramadhan je? isk2.. teringat suasana kat surau yang best.. this year i tak berpeluang nak buat qiamulail kat masjid.. next yr akan pi, if ada rezeki..

raya pulak? best kan balik kmpg, jumpa sedara2, makan ketupat rendang,melaram dgn baju raya, pergi beraya sana sini.. best2.. lg best bila dapat duit raya.. wah, mmg indah la..


then before masuk kelas last week, i pi community posting kat kedah.. more specific, kat sg petani aka SP.. masa pergi tu mmg under estimate la SP.. sampai2, ha, terus rasa kagum.. terus rasa best jg kerja kat sini.. shopping complex banyak.. tesco sampai 2.. ada taman tasik yang lengkap dgn haiwan2 dlm citer snow white tu.. (fikir2 haiwan apa yang ada.. hehe).. tiap2 malam pun dinner di sponsor.. =) paling diingati, char kway teow kat jam besar tu.. delicious!!

habis posting, pi enjoy2 di langkawi.. 1st time pi sini.. n rasa sgt impress.. coz langkawi sangat cantik.. tu belum pi geopark lg tu.. tapi at least dah explore hampir 1 langkawi itself.. sampai muka pun sunburn..

wajib bergambar dpn helang itu



snorkeling di pulau payar..sadly byk coral dah mati

raya masih berbaki beberapa hari lagi.. so masih gembira ke open house.. ^_^

buddy i, dr auliana

* weekend dpn, mesti ramai org kahwin.. 10.10.10 katakan..

bulan kesayangan hamba

eh2, sudah bulan kesayangan la.. ^_^

harap2, ni adalah bulan kesenangan, bulan kebahagiaan, bulan kegembiraan..

a lot of things will be happening.. will be bulan yang paling busy.. berdebar2 akak tau.. jika bulan ni, semua yang i plan berjalan dgn lancar, hati i akan menjadi sangat lega..

akan nampak sinar i nak grad, akan nampak sinar bf i nak grad , akan nampak semua sinar2 yang ada la.. isk2.. penat nak list semua tau..

doakan i yea.. doa banyak2 skit.. ^_-

* suka pi open house.. suka.. suka..

Wednesday, September 1, 2010

makan *burp

i mengaku i kuat makan.. kira if bawa i pi buffet, memang berbaloi-baloi la.. =)

nasi wajib penuh sepinggan, ayam nak yang dada je.. kira if dalam portion yang banyak, memang menggembirakan hati i ..hehe.. lagi2 if kesayangan saya macam nasi lemak, nasi ayam, rendang.. wah2, so delicious.. ^_^

tapi masalahnya, bila berat badan naik berkilo-kilo, tmpt yang bulat dulu, mesti muka i.. akan sangat tembam yang bila pakai tudung, terus jadi bulat.. *sebab tu i x pakai tudung awning2 tu.. lagi nampak muka bulat.. huhu..

bila berat badan kurang (time sakit je sbb tak selera makan), muka pulak yang paling last sekali nak kurus..

so akhirnya i redha je dengan muka i yang bulat.. *eh, org kata muka bulat, lambat kedut tau! =p

# oh, pesanan kepada kawan2 i yang bila tapau kat DM together2 dgn i, tolong jangan tgk berapa banyak i senduk nasi, malu i!

*handbag tak beli lagi.. mana nak isi duit raya i ni.. =)

Monday, August 30, 2010

sepi

boleh tak, i rindu giler kat someone tu and at the same time layan citer 'sepi'.. memang sah2 la makin rindu dan rasa down.. =(

if dapat contact, larat lg.. ni dia pi kat tmpt yang xde line.. so bila call asyik 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'.. bila sms, asyik pending.. dah almost 1 week dah..

really miss u la sayang!!!!


*saya sayang barang saya sendiri.. tak pernah suka barang orang..

Sunday, August 29, 2010

typical me

perasan tak dalam gambar2 i, tak kisah la di FB, blog n etc, atau pun di alam nyata, ceh2, i akan pakai tudung n baju yang sama warna..

#sila tgk gambar2 kat side bar ni ------------------------------>

cth colour2 tudung i ialah grey (recently), purple ( all time fav ) or hitam..

cth colour2 baju pulak, kuning, kuning mustard, dark pink, dark purple, grey or dark blue..

ada org kata warna2 i ni, koleksi warna-warna tanah..i pun tak faham sbenarnya.. tapi i assume my colour tone are warm.. meaning tak terang giler mcm striking pink n etc.. and tak juga pastel colour..

maybe i rasa diri i cantik dalam warna2 ni kut.. *wink2... haha..

tapi for time being, i tak ready lagi nak pakai tudung warna biru or hijau or kuning.. terlalu menonjol utk i .. eceh2 (alasan2) =)

akan try suatu hari nnt.. bila dah kaya and dapat beli tudung colour2.. (ok, alasan again).. hehe

serious bosan kan tgk i dgn typical baju n tudung yang sama?

*today buka puasa ramai2 kat surau dgn auntie2 i.. yeh!!!

Thursday, August 26, 2010

random

random 1
i jenis yang bila buat sesuatu benda tu, i buat bersungguh2.. bila nak tolong orang, mesti dengan ikhlas n sepenuh hati.. if tak, mmg i takkan buat langsung..

tetapi masalahnya, bila mcm ni, ia akan mengambil masa yang lama.. lagi2 masa i.. dah la i ni stok yang buat kerja 'slow-selak'.. huhu

random 2
people change! either to better or worse.. i hope when people meet me another 5 years, i'll be better than i am now..

random 3
haaa, i suka flashback zaman i sekolah dulu.. coz i like to remind myself, how innocent i am and tahap skema i yang tinggi dulu2 kala.. i used to be nice, seriously.. not to say yang i jahat sekarang.. No!!! still baik kut.. *wink2

random 4
i sayang orang yang sayang i..

random 5
always have a backup plan.. x kisah la for study, clinic, life n etc.. i have mine ^_-


*smile is infectious.. i caught someone smile today n sampai skrg melekat kat i.. isk2

Wednesday, August 25, 2010

p.e.n.a.t & l.e.t.i.h

saya sangat penat.. akhir2 ni, asyik tidur je.. balik bilik terus baring.. lepas mandi terus baring.. lepas online terus baring.. lepas dating terus baring..

part yang paling selekeh, bila kat dalam lab pun, boleh terlelap jg.. mcm mata tak boleh buka langsung.. macam terkena ubat tidur je.. nasib baik meja lab i tersembunyi skit.. so orang tak perasan.. #_#

malam2 tidur awal.. pkl 10 dah peluk2 bantal.. main sms pun tahu2 dah terlelap.. bila bangun pagi pulak, terus fikir 'cepatlah petang sebab nak tidur'.. =p

haish, mana pergi semangat i yang nak rajin mcm org jepun ni.. rajin tidur dikira tak ?!

*i sgt happy with my life now.. alhamdulilah =)

Tuesday, August 24, 2010

Tuesday, August 10, 2010

kisah benar utk dijadikan teladan

i rasa semua orang, macam mana perfection pun hidup diorang, mesti akan ada satu ketika yang diorang rasa paling down, paling horror, paling stress..

bak kata pepatah, hidup macam roda.. mcm mana pun kita akan pernah juga sekali berada di bawah..

gagal sekali bukan bermakna gagal selama2 nya.. ni yang i selalu remind myself..

i pun pernah 'gagal' dlm hidup.. kecewakan diri sendiri n org di sekeliling i.. tp i bounce balik.. i redeem balik everything yang i suppose to own.. i berusaha.. i menangis.. i berdoa.. i kecewa.. semua tu i dah lalui..

tapi i bersyukur i have strong, complete team of support.. n i appreciate them for being there for me..

and i waited some time to be how i am today.. bukan kelip2 mata, dah berjaya,ok ..

so i frust, bila i dengar cerita, yang ada org tu bila 'gagal', cepat sangat nak ambil keputusan yang mudah tapi hakikatnya menyusahkan org lain.. org yang support n stand for u selama ni.. can't u wait just a little more longer.. few months je.. by then, ur life will be much more easier..

it's ur choice, nak senang skrg, or senang kemudian.. i chose d later.. n plez appreciate people around u yang tolong u bersungguh2.. n tolong insaf dr all those enjoy n be a better person..

mcm yang i selalu ckp dgn my mum, i dare to spend on lavish thing right now, becoz i know i can afford this lifestyle bila i kerja nnt..

again, i'm really frust with u.. coz u r smart, n yet u wasted it.. i tahu, i x layak nak komen banyak2 pasal hidup u, just a little note to remind myself to appreciate more my team support..

*tiba2 entry emo panjang2 pulak.. sbb i geram sgt.. eeee, geramnya..

Monday, August 9, 2010

soda gembira

mari kita menjamu mata dgn gambar2 i semasa di bandung baru2 ini ..

tangkuban parahu

outdoor dining area

trip members


muka berminyak + perut lapar = masih mampu senyum utk bergambar =)

eh, eh, siap try kebaya lg.. hehe

although short trip time weekend, but enjoy sgt!! duit pun byk habis..huhu ^_-

*weekend ni pun nak fly lg.. yeh! =)

* perasan tak dlm most of my pics, asyik pakai tudung kelabu je.. haha.. giler selekeh..

Sunday, August 1, 2010

aaaaaaaachum!

sangat benci bila sakit.. lebih2 lagi bila kita sakit yang bukan salah kita.. tak minum air sejuk pun, tak makan aiskrim banyak2, tak main panas, tak main hujan, tak keluar malam.. semua tak..

nak kata immune system down coz stress? blueekk, memang tak la.. this week, mmg minggu yang xde clinic pun..

ai, benci! benci! benci!

masalahnya, i bila sakit, nak sakit sungguh2.. macam xde ar, selsema skit , pastu tidur 1hari, tup2 terus sihat.. this time, if kena selsema, ha, ambik terus 1 minggu la running nose.. mmg 'berlari-lari' la hidung i ni, sampai melecet n terkupas2 kulit coz lap dgn tisu memanjang..

and time sakit ni, lupakan hasrat nak pakai mekap ke mana jua termasuk pi kelas.. sebab, nnt masa lap dgn tisu, terus tanggal foundation and lipstik2 sekali, and terus bf tahu wajah sebenar tanpa mekap.. huhu...

berkotak2 tisu sudah digunakan, 1 botol air oren twister yang besar punya sudah habis minum (utk dpt vit C yang cukup), air mineral tak payah ckp la sampai pkl 4 pg pun nak pi toilet kan, so kenapa masih tidak sihat?

wajahpucattanpamakeupbesertatisukesayanganyangdiangkutkemanasaja

nak kena cukup 7 hari 7 malam ke sakit? ni dah 5 hari 5 malam dah ni.. dah2 la tu..

nasib baik ada personal doctor yang attend to my needs sepanjang sakit ni.. thanx sayang!!!

duit dan kata2 manis kat phone, would not cure any sickness..

*movie inception sangat2 best! =)

Monday, July 19, 2010

sorry auntie ?!


"sorry auntie"

percaya tak, dialog di atas ditujukan kepada saya..

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, mahu pengsan sekarang.. =(

penat je akak mekap cantik2, pakai skinny jeans, pakai gloves ice skating warna pink.. isk2

masa tu main ice skating kat pyramid guna voucher RM 10 je.. hehe.. ada this girl around darjah 6 kut.. dia yang tak reti main, langgar2 i pulak, pastu ada hati ckp 'sorry auntie'.. *kecil hati i*

pastu main2 lagi, ada sorang budak lelaki ni, dalam darjah 4 kut, tgh berpaut kat tepi rink, (before that nampak dia main dgn 2 org kakak ni).. masa i lalu, dia pandang and tunjuk kat i, sambil ckp kat kakak2 tu, "dia ni pun boleh"..

pastu i terfikir, eh tu pujian ke, patut rasa bangga ke atau dia ni sarcastic sbenarnya sebab nak cakap yang if "auntie" ni boleh, takkan kakak lg 2 org tu tak boleh..

tiba-tiba, hari tu jadi "hari kecil hati sedunia" .. huh..

fine, tak nak pakai kemeja lg pi outing

* seluar jeans saya suci dari ice basah .. =)

tukang masak amatur

hari tu tolong my mum masak.. rajin huh? mmg anak mithali sungguh *sambil senyum tersipu-sipu.. ^_^

ok, palsu sungguh kenyataan di atas.. sebenarnya, teman je sambil sembang2.. memang tak la nak tolong my mum.. dia tu masak cepat giler.. if i tolong, melambatkan dia je.. then lambat masak= lambat makan.. rugi2.. hehe..

masa tu dia masak ketam masak lomak cili api.. delicious!

then, nak masak udang.. and i pun suggest la goreng je.. double delicious!

tiba2, terfikir nak try buat butter prawn.. my mum kata campur telur and butter je then tapis atas udang masa goreng..

i pun tak tahu la d real resepi, tp sebab that time minyak dah panas, akak pun pukul 2 telur sungguh2, and campur dgn 1 sudu butter..

pastu, masa my mum masukkan udang dlm kuali, i ambil penapis and tapis campuran td atas udang..

*tips di sini : sila guna penapis besi yang halus tu, 1 biji telur je dan minyak betul2 panas

i guna penapis plastik dan minyak pun panas tak ikhlas, maka butter prawn i tu turn out macam udang dan telur goreng.. haish +_+

jangan gelak..

sila tahan perasaan..


tak la horror sangat.. still double delicious!

* yeh, ada weekend getaway lagi tp this time with pak ngah & co

Wednesday, July 14, 2010

kamu sudah pulang

eh, sempat posing ambil gambar sendiri.. isk2.. ni cuma aktiviti waktu bosan..

kenapa bosan? sebab ada orang kata flight sampai around 9.45 pm.. orang lagi satu mahu pi airport cepat2 dari pkl 8 lg.. maka orang ini dari pkl 9 dah ada dpn balai ketibaan.. setelah 3 jam menunggu sambil berdiri dpn palang *kononnya nak tmpt yang strategik, view paling jelas, gambar paling cantik" sambil puas mengusha semua pramugari korea, norway, m'sia, emirates n etc , maka keluar la akhirnya orang yang ditunggu2..


tadaa... huh.. bajet comel la tu.. bajet orang rindu sangat la kat dia kan..

1st thing i notice is muka dia dah clear dr pimples.. haha.. and mcm cheekbone sudah tinggi.. rambut siap ber'fringe'.. weh, siapa ppuan ni.. mahu lawan kakak ke?


wajib bergambar berdua.. like brother like sister tak? NO!!!! ;p


bak kata my mum, beg iyo2 je besar.. siap balut2 semua.. buka beg je, barang skit.. penat je teruja sambil tahan mata mengantuk time ko nak buka beg.. =p

still, enjoy ur holiday.. spend time with ur family betul2.. makan makanan malaysia puas2.. keluar jumpa kawan happy2.. pi dating sungguh2.. huhu

*selamat check-in ke rumah... ^_^

Monday, July 12, 2010

post versi UPSR

ingat tak masa UPSR dulu, ada paper yang kena karang cerita berdasarkan gambar? yang kasi 4 gambar tu.. mm, paper english kut..

anyway, disebabkan ketidakupdatekan blog selama 2bulan, maka mari kita ringkaskan aktiviti dgn mengarang cerita berdasarkan gambar2 di bawah....


salah satu aktiviti mestilah melawat adik 'kesayangan' i *huk2, sambil tersedak air twister* di nogori sembilan.. ni highway baru yang cross bukit putus..


mengharung kesesakan jalan raya lg.. isk2, nasib baik bukan akak yang drive.. =)



lihat, di pekan bahau pun ada kiara square ok.. ada paintball, cinema, karaoke, pasaraya billion, marry brown yang dlm tu ada seat mcm buaian.. isk2.. best la bdk2 ni pi outing..


spot the short.. huhu.. ok, dah makan nasi kawah ni mesti cepat tinggi.. =)


do the dew! air fav wajib tiap kali travel.. sbb ianya masam dan amat sesuai buat yang kaki mabuk seperti saya..


oh, ini pulak masa balik kmpg di johor.. jika anda dr tol dan ingin ke kluang, sila aware dgn pondok yang jual susu segar ini.. tepi jalan dkt2 dengan jabatan haiwan johor.. abg yang jual susu ni, dah jual since i sek men lg.. and abg ni mcm 'istimewa' skit, tp rajin berniaga.. good2..

susu coklat mmg terbaik.. ^_-


pada waktu malam2, ni antara show fav saya.. Ok Karaoke kat MTV.. hehe.. best2, nyanyi lagu dgn lirik di bawah.. i saja ambil gambar part ni, sebab nak tujukan lirik di atas kepada encik ristiman.. ehem..

eh, perasan tak, astro tambah channel baru, fox, tapi channel V dah takde.. doink betul..


tidak lupa, saya sempat pergi program baktisiswa yang melibatkan kmpg org asli di sungkai, perak.. penat giler tapi seronok.. buat sukaneka, check up, mlm karaoke, cabutan bertuah..

masa last day tu, kitaorg, the students, pi barbeque kat air terjun ni.. cantik kan?



eh, eh, ada org derma darah la.. isk2.. baiknya dia.. hehe.. ni masa hari larian 10 km MPSJ.. nak lari, tak larat.. huhu.. kali ni, hospital seremban yang dtg.. dpt goodie bag, 2 sijil, makanan.. hehe, brg free ni mmg menggembirakan hati.. ^_^



2 minggu lepas tu, sakit tekak, pastu demam and selsema pulak.. tidak ada kaitan dgn derma darah yea.. ni saya sakit sbb penat kut.. 2 minggu, tak larat bangun.. tak lalu makan.. tak lena tidur.. hidung tersumbat..tiap 5 minit, asyik batuk.. horror.. semua lozenge pun mcm tak ikhlas..

tapi, tiap2 malam saya bancuh air teh panas lemon ni.. better dari makan ubat.. sedap, if letak banyak2 gula.. hehe.. if tambah ais, lg delicious..


ptg2, if free, akan teman my mum pi settlekan hal dia.. tak drive pun.. teman je.. hakikatnya, saya suka duduk sahaja di dpn masa dalam keta.. tak suka drive melainkan mmg terpaksa sangat2.. my parents mmg geram dgn i.. pastu asyik guna skrip yang sama ulang2 " if syafiq ni, mesti dia akan drive.. etc...etc.." bosan! ;)


baru2 ni, pi weekend getaway dgn my father.. act, kena ikut coz both parents tak de kat rumah.. so the choice is pi shah alam or sepang.. and obviously, mesti la pilih yang stay hotel kan.. isk2..

lagi2 3 hari 2 mlm.. mmg dapat relax puas2 before start kelas..


skrg, hobi mengumpul selipar hotel.. sbb boleh pakai di rumah.. nak pulak barang free.. hehe.. hari tu, masa blk kmpg kat ayer hitam, beli la selipar yang comel2 duduk rumah tu.. pakai tak sampai seminggu, boleh koyak kat tapak.. &*%#@* betul !!!! mmg la murah tapi still menbazir jg kan..

maka skrg saya pakai selipar hotel ni je.. if koyak, kotor, buang, pakai yang baru.. =) jimat duit akak..


oh, bila la saya nak naik kapal terbang lg.. suka time nak fly ni.. mcm thrill.. huhu..tp once dah kat atas, bosan.. then, part turun, thrill balik.. and saya selalu judge pilot yang bagus time landing..

bagi yang suka makan seperti saya dan bak kata seseorang " saya ni mmg berbaloi if bawa pi buffet", buffet dinner kat pan pacific serious sedap.. then, lepas makan, boleh lepak kat lobby sambil usha pilot dan pramugari.. hehehehehe..

mm, lebih kurang tu la aktiviti masa cuti.. ada byk lg mcm event makan durian sungguh2, wedding, outing n etc, tp sbb takde gambar, tak payah cerita eh.. ;)

*sudah kenyang makan maryland chicken.. sbb tu dapat update blog.. ^_-