Monday, July 19, 2010

sorry auntie ?!


"sorry auntie"

percaya tak, dialog di atas ditujukan kepada saya..

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, mahu pengsan sekarang.. =(

penat je akak mekap cantik2, pakai skinny jeans, pakai gloves ice skating warna pink.. isk2

masa tu main ice skating kat pyramid guna voucher RM 10 je.. hehe.. ada this girl around darjah 6 kut.. dia yang tak reti main, langgar2 i pulak, pastu ada hati ckp 'sorry auntie'.. *kecil hati i*

pastu main2 lagi, ada sorang budak lelaki ni, dalam darjah 4 kut, tgh berpaut kat tepi rink, (before that nampak dia main dgn 2 org kakak ni).. masa i lalu, dia pandang and tunjuk kat i, sambil ckp kat kakak2 tu, "dia ni pun boleh"..

pastu i terfikir, eh tu pujian ke, patut rasa bangga ke atau dia ni sarcastic sbenarnya sebab nak cakap yang if "auntie" ni boleh, takkan kakak lg 2 org tu tak boleh..

tiba-tiba, hari tu jadi "hari kecil hati sedunia" .. huh..

fine, tak nak pakai kemeja lg pi outing

* seluar jeans saya suci dari ice basah .. =)

tukang masak amatur

hari tu tolong my mum masak.. rajin huh? mmg anak mithali sungguh *sambil senyum tersipu-sipu.. ^_^

ok, palsu sungguh kenyataan di atas.. sebenarnya, teman je sambil sembang2.. memang tak la nak tolong my mum.. dia tu masak cepat giler.. if i tolong, melambatkan dia je.. then lambat masak= lambat makan.. rugi2.. hehe..

masa tu dia masak ketam masak lomak cili api.. delicious!

then, nak masak udang.. and i pun suggest la goreng je.. double delicious!

tiba2, terfikir nak try buat butter prawn.. my mum kata campur telur and butter je then tapis atas udang masa goreng..

i pun tak tahu la d real resepi, tp sebab that time minyak dah panas, akak pun pukul 2 telur sungguh2, and campur dgn 1 sudu butter..

pastu, masa my mum masukkan udang dlm kuali, i ambil penapis and tapis campuran td atas udang..

*tips di sini : sila guna penapis besi yang halus tu, 1 biji telur je dan minyak betul2 panas

i guna penapis plastik dan minyak pun panas tak ikhlas, maka butter prawn i tu turn out macam udang dan telur goreng.. haish +_+

jangan gelak..

sila tahan perasaan..


tak la horror sangat.. still double delicious!

* yeh, ada weekend getaway lagi tp this time with pak ngah & co

Wednesday, July 14, 2010

kamu sudah pulang

eh, sempat posing ambil gambar sendiri.. isk2.. ni cuma aktiviti waktu bosan..

kenapa bosan? sebab ada orang kata flight sampai around 9.45 pm.. orang lagi satu mahu pi airport cepat2 dari pkl 8 lg.. maka orang ini dari pkl 9 dah ada dpn balai ketibaan.. setelah 3 jam menunggu sambil berdiri dpn palang *kononnya nak tmpt yang strategik, view paling jelas, gambar paling cantik" sambil puas mengusha semua pramugari korea, norway, m'sia, emirates n etc , maka keluar la akhirnya orang yang ditunggu2..


tadaa... huh.. bajet comel la tu.. bajet orang rindu sangat la kat dia kan..

1st thing i notice is muka dia dah clear dr pimples.. haha.. and mcm cheekbone sudah tinggi.. rambut siap ber'fringe'.. weh, siapa ppuan ni.. mahu lawan kakak ke?


wajib bergambar berdua.. like brother like sister tak? NO!!!! ;p


bak kata my mum, beg iyo2 je besar.. siap balut2 semua.. buka beg je, barang skit.. penat je teruja sambil tahan mata mengantuk time ko nak buka beg.. =p

still, enjoy ur holiday.. spend time with ur family betul2.. makan makanan malaysia puas2.. keluar jumpa kawan happy2.. pi dating sungguh2.. huhu

*selamat check-in ke rumah... ^_^

Monday, July 12, 2010

post versi UPSR

ingat tak masa UPSR dulu, ada paper yang kena karang cerita berdasarkan gambar? yang kasi 4 gambar tu.. mm, paper english kut..

anyway, disebabkan ketidakupdatekan blog selama 2bulan, maka mari kita ringkaskan aktiviti dgn mengarang cerita berdasarkan gambar2 di bawah....


salah satu aktiviti mestilah melawat adik 'kesayangan' i *huk2, sambil tersedak air twister* di nogori sembilan.. ni highway baru yang cross bukit putus..


mengharung kesesakan jalan raya lg.. isk2, nasib baik bukan akak yang drive.. =)



lihat, di pekan bahau pun ada kiara square ok.. ada paintball, cinema, karaoke, pasaraya billion, marry brown yang dlm tu ada seat mcm buaian.. isk2.. best la bdk2 ni pi outing..


spot the short.. huhu.. ok, dah makan nasi kawah ni mesti cepat tinggi.. =)


do the dew! air fav wajib tiap kali travel.. sbb ianya masam dan amat sesuai buat yang kaki mabuk seperti saya..


oh, ini pulak masa balik kmpg di johor.. jika anda dr tol dan ingin ke kluang, sila aware dgn pondok yang jual susu segar ini.. tepi jalan dkt2 dengan jabatan haiwan johor.. abg yang jual susu ni, dah jual since i sek men lg.. and abg ni mcm 'istimewa' skit, tp rajin berniaga.. good2..

susu coklat mmg terbaik.. ^_-


pada waktu malam2, ni antara show fav saya.. Ok Karaoke kat MTV.. hehe.. best2, nyanyi lagu dgn lirik di bawah.. i saja ambil gambar part ni, sebab nak tujukan lirik di atas kepada encik ristiman.. ehem..

eh, perasan tak, astro tambah channel baru, fox, tapi channel V dah takde.. doink betul..


tidak lupa, saya sempat pergi program baktisiswa yang melibatkan kmpg org asli di sungkai, perak.. penat giler tapi seronok.. buat sukaneka, check up, mlm karaoke, cabutan bertuah..

masa last day tu, kitaorg, the students, pi barbeque kat air terjun ni.. cantik kan?



eh, eh, ada org derma darah la.. isk2.. baiknya dia.. hehe.. ni masa hari larian 10 km MPSJ.. nak lari, tak larat.. huhu.. kali ni, hospital seremban yang dtg.. dpt goodie bag, 2 sijil, makanan.. hehe, brg free ni mmg menggembirakan hati.. ^_^



2 minggu lepas tu, sakit tekak, pastu demam and selsema pulak.. tidak ada kaitan dgn derma darah yea.. ni saya sakit sbb penat kut.. 2 minggu, tak larat bangun.. tak lalu makan.. tak lena tidur.. hidung tersumbat..tiap 5 minit, asyik batuk.. horror.. semua lozenge pun mcm tak ikhlas..

tapi, tiap2 malam saya bancuh air teh panas lemon ni.. better dari makan ubat.. sedap, if letak banyak2 gula.. hehe.. if tambah ais, lg delicious..


ptg2, if free, akan teman my mum pi settlekan hal dia.. tak drive pun.. teman je.. hakikatnya, saya suka duduk sahaja di dpn masa dalam keta.. tak suka drive melainkan mmg terpaksa sangat2.. my parents mmg geram dgn i.. pastu asyik guna skrip yang sama ulang2 " if syafiq ni, mesti dia akan drive.. etc...etc.." bosan! ;)


baru2 ni, pi weekend getaway dgn my father.. act, kena ikut coz both parents tak de kat rumah.. so the choice is pi shah alam or sepang.. and obviously, mesti la pilih yang stay hotel kan.. isk2..

lagi2 3 hari 2 mlm.. mmg dapat relax puas2 before start kelas..


skrg, hobi mengumpul selipar hotel.. sbb boleh pakai di rumah.. nak pulak barang free.. hehe.. hari tu, masa blk kmpg kat ayer hitam, beli la selipar yang comel2 duduk rumah tu.. pakai tak sampai seminggu, boleh koyak kat tapak.. &*%#@* betul !!!! mmg la murah tapi still menbazir jg kan..

maka skrg saya pakai selipar hotel ni je.. if koyak, kotor, buang, pakai yang baru.. =) jimat duit akak..


oh, bila la saya nak naik kapal terbang lg.. suka time nak fly ni.. mcm thrill.. huhu..tp once dah kat atas, bosan.. then, part turun, thrill balik.. and saya selalu judge pilot yang bagus time landing..

bagi yang suka makan seperti saya dan bak kata seseorang " saya ni mmg berbaloi if bawa pi buffet", buffet dinner kat pan pacific serious sedap.. then, lepas makan, boleh lepak kat lobby sambil usha pilot dan pramugari.. hehehehehe..

mm, lebih kurang tu la aktiviti masa cuti.. ada byk lg mcm event makan durian sungguh2, wedding, outing n etc, tp sbb takde gambar, tak payah cerita eh.. ;)

*sudah kenyang makan maryland chicken.. sbb tu dapat update blog.. ^_-

mahu tapi ....

mahu update blog

mahu sangat2

tapi otak tersangatlah glucose deficiency

tengah tunggu room8 tapau makanan

oh, sudah start kelas.. bilik kolej baru.. kasut baru.. cubicle clinic baru.. partner baru..

# welcome to final -hell- year..

sudah beli kotak tisu banyak2.. mari sedia utk menangis selama setahun.. huk..huk..

*grey (abu-abu) is the new black ^_^